Pembinaan 28 buah rumah dalam tempoh 45 hari di Algeria

Keterangan Projek

" Karmod, jenama binaan pasang siap gergasi, telah melaksanakan pelbagai jenis projek perumahan di seuruh Afrika telah berjaya menyelesaikan 28 unit rumah yang siap untuk digunakan di Algeria. Rumah pasang siap yang lengkap dipasang dihantar dalam masa 45 hari sahaja dengan kelebihan sistem bolt dan nat. Rumah pasang siap yang dihasilkan dengan kemudahan teknologi moden Karmod, dihantar ke Algeria melalui jalan laut tiba di pelabuhan kemudiannya dihantar ke kawasan pendalaman dengan jarak 950 km. Rumah-rumah itu dipasang oleh kumpulan pakar pemasangan Karmod di selatan Algeria, iaitu Wilayah Becher. Bangunan-bangunan tersebut akan digunakan sebagai perumah untuk para pengurus dan jurutera yang akan berkhidmat dalam proses pembinaan komplek hospital yang dibina di daerah tersebut. Apabila projek hospital tersebut selesai, binaan rumah yang dibina akan terus digunakan sebagai rumah tumpangan untuk ahli keluarga pesakit tinggal. Rumah pasang siap Karmod menonjol dengan kualiti pengeluaran produk, teknologi pengeluaran yang pantas, pemasangan yang cepat dan mudah. Struktur Karmod yang digunakan di hampir 100 buah negara di seluruh dunia mempunyai ciri-ciri penggunaan yang tahan lama. Sebanya 28 buah rumah bersaiz satu tingkat yang terdiri daripada 20 unit bersaiz 79 m², 3 unit bersaiz 92 m² dan 5 unit bersaiz 170 m² dipasang dan dihantar dalam tempoh masa 45 hari dalam projek perumahan inap mewah, di mana dilaksanakan di Algeria. "

Lokasi

Algeria

Kuantiti Pesanan

5 Unit Berlainan


WhatsApp

Hubungi

E-mail