Berapa lamakah jangka hayat struktur pasang siap Karmod?
Binaan pasang siap adalah tahan lama dan boleh digunakan dengan selamat kerana secara puratanya penggunaan binaan pasang siap selamat diduduki selama 50 tahun. Unsur-unsur semulajadi seperti angin yang melampau, salji, hujan dan juga factor dalam proses pengendalian binaan seperti kelembapan mampu mempengaruhi ketahanan struktur. Struktur binaan pasang siap kami juga perlu diselenggara seperti binaan lain.
Bahan binaan bangunan pasang siapt terdiri dari bahan binaan apa dan apakah ciri-cirinya?
Binaan pasang siap Karmod dihasilkan melalui kemudahan moden dengan teknologi sistem bebenang yang lancar. Sesendi bolt adalah lebih kuat dan lebih selamat berbanding sistem dikimpal kerana kecacatan dalam mutu kerja pertukangan dapat dikurangkan kepada tahap paling minimum. Lembaran logam, EPS dan papan sime merupakan bahan-bahan utama dalam proses pengeluaran produk kami. Di samping itu, kami juga menggunakan bahan-bahan 100% tahan karat. Untuk panel dinidng, kami memilih dua panel yang berbeza dengan kadar tebatan yang tinggi seperti papan simen-busa-papan simen dan juga lembaran logam-busa-lembaran logam. Kekuda atap dibina menggunakan sistem bolt dan dihasilkan dalam mesin pembentuk rol automatik mengikut projek yang ada. Lajur dan ikatan silang bumbung dibuat dengan pengiraan statik oleh para jurutera kami berdasarkan lokasi pembinaan. Untuk litupan bumbung, lembaran logam tergalvani digunakan sebagai produk terpiawai. Bahan-bahan seperti OSB, membrane dan kelikir digunakan diatas permintaan pelanggaan. Tingkap dan pintu kaca dibina menggunakan PVC saduran berganda. Kesemua bahan yang digunakan untuk pemasangan elektrik dan sanitari adalah berdasarkan kepada piawaian TSE dan kesemua yang mempunya dokumen kelayakan dan jaminan.
Adakah binaan pasang siap boleh dipasang dan diceraikan di lokasi yang berbeza?
Ya, semestinya. Untuk binaan pasang siap, kos pembongkaran, kos pemasangan semula, kos cat dan kos pemasangan sistem sanitari diperlukan. Sekiranya diperlukan, perubahan struktur binaan boleh dilaksanakan mengikut keperluan.
Adakah binaan rumah pasang siap Karmod kalis angin dan gempa bumi?
Binaan pasang siap Karmod mampu menahan sehingga 7.5 magnitud dan 80 km/j kelajuan angina. Berdasarkan keadaan cuaca dan iklim lokasi dimana binaan pasang siap tersebut akan dipasang, kami akan pastikan bahan-bahan binaan pasang siap kami sampai ke destinasi dimana-mana sahaja.
Adakah binaan pasang siap Karmod memerlukan sebarang penjagaan dan penyelenggaraan.
Seperti mana pelbagai jenis bangunan, binaan pasang siap juga memerlukan penyelenggaraan yang berterusan. Binaan pasang siap dibentuk dari gabungan pelbagai jenis bahan dan kesemua bahan ini mempunyai tahap pengembangan yang berbeza dan rekahan antara panel mungkin akan berlaku. Namun rekahan-rekahan ini boleh diperbaiki menggunakan damar dan juga cat.
Bagaimana dengan sistem penebat dan bunyi binaan pasang siap?
Binaan pasang siap Karmod mempunyai dinding dalaman yang berketebalan 10 cm dengan sistem panel styrofoam. Bahan-bahan ini lebih bagus dalam sistem penebat haba dan bunyi berbanding dengan binaan konkrit kenvensional. Gentian kaca dan Rockwool digunakan di dalam dinding dan panel bumbung kerana mampu memberikan kadar tebatan yang tinggi kepada binaan.
Binaan pasang siap hanya boleh dibina dalam standard dan dimensi tertentu sahaja?
Struktur binaan pasang siap kami boleh dibina mengikut saiz keinginan anda. Anda boleh datang kepada kami dengan reka bentuk dan plan anda sendiri dan di Karmod kami akan bersam-sama menyesuaikan projek binaan dalam batasan pengeluaran kami. Ini adalah disebabkan oleh kekangan dimensi kerana piawaian sistem panel kami. Wakil Karmod akan membantu anda dalam proses pembuatan reka bentuk binaan pasang siap yang sesuai dengan keperluan anda.
Berapa lamakah tempoh pengeluaran dan pemasangan struktur pasang siap?
Tempoh pengeluaran untuk binaan standard adalah dalam masa satu minggu sahaja bergantung kepada waktu biasa. Pasukan pemasangan kami mampu membina 2-125 m² untuk rumah pasang siap satu tingkat dan 15-20 m² dan untuk rumah pasang siap dua tingkat dalam masa satu ahri bergantung kepada keadaan cuaca.
Adakah mungkin untuk membuat sebarang pengubahsuaian dalam bangunan pasang siap?
Binaan pasang siap kami dibina mengikut struktur statik berdasarkan keadaan cuaca dan iklim setempat dimana binaan itu dibina. Struktur binaan statik haruslah diberi penjagaan supaya sebarang penugbahsuian dapat dilakuka. Kami mencadangkan para pelanggan untuk menghubungi bahagian selepas jualan kami mengenai sebarang pelan pengubahsuaian.
Apakah jenis tapak tanah yang sesuai untuk membina binaan pasang siap?
Tanah haruslah berkeluasan 30 cm lebih luas untuk setiap sisi rumah dan ketinggian tanah haruslah diantara 25-30 cm. Asas konkrit berat seperti yang digunakan untuk bangunan konkrit tidak lagi diperlukan. Semasa dalam fasa menandatangani kontrak, kami akan memberi pelan konkrit kepada pelanggan dimana pelanggan kami perlu menyediakan lantai konkrit berdasarkan pelan yang telah diberikan sebelum proses pembinaan berlaku.
Apakah syarat waranti dan temph pemasangan rumah pasang siap?
: Tempoh jaminan yang diberikan oleh pihak kami adalah 1 tahun terhadap sebarang kesilapan dalam proses pembuatan dan pemasangan jika digunakan dengan istilah umum dalam kontrak kami. Karmod merupakan syarikat pembimbing dan perintis dalam sektor ini. Perkhidmatan selepas jualan kami sentiasa bersama anda.
Apakah jenis bahan yang digunakan untuk bumbung dalam struktut pasang siap?
Untuk lapisan bumbung, lembaran bumbung trapezoid semulajadi dan lembaran trapezoid yang dicat serta lembaran logam corak berlapis boleh digunakan pada kasau logam. Ia juga boleh digunakan pada bahan OSB. Selain itu, panel sandwic dan shingles juga boleh didapati.
Bolehkah struktur pasang siap digunakan pada jubin seramin di kawasan basah?
Untuk kawasan basah, dalam usaha untuk proses penjubinan, papan kalis kelembapan berwarna hijau gypsum digunakan. Seramik juga boleh digunakan bersama-sama dengan plaster. Selain itu, sebelum memasang seramik pada tanah, proses kalis air boleh dilakukan menggunakan kemasan simen.
Adakah anda dapat melakukan rumah pasang siap pemasangan di mana sahaja?
Karmod kini mengeksport hampir 90 negara di seluruh negara. Pasukan pengeluaran kami jugam menitik beratkan keadaan cuaca, beban salji dan angin di lokasi di mana binaan akan didirikan. Sebagai tambahan, pengeluaran dan pemasangan binaan akan dilakukan dengan sewajarnya.
Adakah saya perlu mendapatkan permit bangunan untuk bangunan pasang siap?
Ini adalah di bawah budi bicara Majlis Perbandaran di mana bangunan itu akan dibina. Pelan senibina, pelan elektrik, pelan mekanikal dan tinjauan tanah hendaklah diambilkira oleh pelanggan dalam usaha mendapatkan permit binaan. Pihak kami hanya boleh memberikan kalkulasi statistik binaan. Permit dan bayaran undang-undang adalah dibawah perbelanjaan pelanggan itu sendiri. Jika lokasi di mana binaan itu akan didirikan di dalam kawasan perbandaran, maka permit adalah perlu.
Berapakah bilangan aras sebuah bangunan pasang siap?
Kami di Karmod menawarkan binaan pasang siap dua tingkat dan bangunan tiga tingkat dengan teknologi keluli ringan.
Apakah tugas dan kewajipan pelanggan apabila membeli rumah pasang siap?
"*Untuk tanah konkrit, dawai dan batang besi bersaiz 30 cm digunakan untuk bahagian asas. *Kerja penggalian dan membuat landskap. *Membuat lapisan permukaan lantai dan dinding ( parket berjalur, seramik, jibin dan laminan ) *Sambungan luaran ( elektrik, kumbahan dan sumber air bersih ) *Permit dan lesen dari Majlis Perbandaran dan Wilayah *Sistem pemanas dan sistem penyejuk ( pemanas, penyaman udara dan lain-lain ) *Tempat penginapan, kos makanan dan pengangkutan terhadap pasukan pemasangan. "
Bolehkah struktur pasang siap dibina sebagai flat tambahan di atas bangunan konkrit?
Ya, bangunan pasang siap boleh dibina di atas bangunan konkrit satu tingkat. Bangunan asas haruslah mempunyai lantai yang padu, kukuh dan rata. Disamping itu juga, bangunan asas juga perlulah tidak mempunya cerobong kerana ianya tidak selamat untuk memasang cerobong disebabkan oleh risiko kebakaran dan sistem kalis air.
Bagaimanakah dengan pemasangan sistem pemanas dan penyejuk rumah pasang siap?
Sistem pemanas boleh diperoleh dengan pemasangan dapur, penyaman udara, gas asli atau pemanas elektrik pada musim sejuk dan juga penyaman udara pada musim panas.
Bagaimanakah proses penghantaran rumah pasang siap dilakukan?
Proses penghantaran bangunan pasang siap dikendalikan menggunakan trak, treler, kapal, keretapi dan juga kapal terbang kargo.
Apakah kelebihan rumah pasang siap?
Rumah pasang siao dibina untuk pelbagai jenis kegunaan dan tujuan. Malah, ianyan praktikal dan dari segi proses pemasangan, ianya menjimatkan masa. Dengan ciri struktur yang fleksibel , rumah pasang siap kami mampu menahan gegaran dari gempa bumi dan tanah mendap. Rumah pasang siap dibina berdasarkan iklim lokasi rumah pasang siap dibina. Tambahan lagi, rumah pasang siap kami mempunyai ciri-ciri yang lebih baik dalam strukturnya seperti mempunyai penebat haba dan bunyi yang baik. Binaan dapat dibina dalam jangka masa yang pendek tanpa memberi sebarang kemudaratan kepada alam sekitar dan bebas pencemaran. Produk rumah pang siap kami juga sesuai dengan struktur dan tekstur bangunan moden dan juga bersejarah selain kalis api. Alternatif lain rumah pasang siap kami ialah ianya boleh diceraikan dan dipasang di lokasi yang berlaianan.
Apakah langkah penyelesaian yang dapat diambil dalam pembinaan rumah pasang siap di kawasan beriklim sejuk?
Untuk di kawasan beriklim sejuk, panel dinding dan bumbung luar boleh dimodifikasi kepada norma TS 825.
Perkara yang perlu dipertimbnagkan ketika membuat pembelian rumah pasang siap?
"• Kebolehpercayaan syarikat yang menawarkan perkhidmatan adalah penting. • Kemahiran pekerja, perkhidmatan sokongan selepas jualan, korporat serta kualiti pekerja yang bekerja dengan syarikat berkenaan adalah sangat penting. • Kualiti bahan dan pensijilan kualiti sangat penting. • Pastikan anda menemu duga dan bertanya kepada pihak syarikat dan pastikan mereka pakar dalam hal berkenaan. • Semak semula butiran kontrak yang diberi. • Pastikan syarikat tersebut mempunyai pasukan profesional dalam pembuatan, pemasangan dan juga perkhidmatan selepas jualan. Jika berlakunya sebarang permasalahan sepeas proses pemasangan, pastikan syarikat yang menawarkan perkhidmatan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dengan cepat serta mampu menjawab sebarang pertanyaan anda. "
Bagaimanakah untuk menentukan harga rumah pasang siap tersebut?
Harga rumah pasang siap ditentukan oleh kualiti dan ketebalan struktur keluli yang digunakan, ketebalan dan kualiti bahan yang digunakan dalam panel dinding serta kualiti struktur tetingkap. Bahan tambahan untuk penebatan dan bumbung juga mampu mempengaruhi harga rumah pasang siap yang ditawarkan.
Apakah jenis binaan dapat dilaksanakan melalui binaan pasang siap?
Perumahan, vila, perumahan kos rendah, kemudahan awam, tapak kawasan binaan, kafeteria dan asrama, kilang pasang siap dan juga hangar.
Apakah ciri-ciri teknikal kabin pasang siap dan dari apakah ianya diperbuat?
"Karmod menghasilkan 4 jenis kabin iaitu: Kabin CPT diperbuat daripada polyester dan panel poliuretana yang dilekapkan dengan kaca gentian di antara serta dilapis dengan lapisan gel dari permukaan luar. Disebabkan oleh ketumpatan penuh bahan mentah, sistem tebatan bunyi dan haba sangat berkesan. Kabin ABS, Karmod merupakan syarikat yang pertama di Turki yang meghasilkan kabin ABS dengan gabungan dua dinding poliuretana. Kabin panel pula diperbuat daripada gabungan lembaran keluli + EPS + panel berlapis PVC. Kabin moden diperbuat daripada struktur bingkai keluli dengan EPS sebagai struktur pemisah di antara dinding dalaman dan dinding luaran yang diperbuat daripada papan simen. "
Adakah kabin kami tahan angin?
Kabin kami mampu menahan angina berkelajuan sehingga 80 km/j sekiranya dibina dengan tepat di atas tapak.?
Adakah kabin memerlukan sebarang penjagaan khas?
Sebarang proses pembersihan kabin Karmod adalah mudah, baik dari dalam dan luar. Bahagian dalaman kabin boleh dibersihkan menggunakan tuala basah tanpa menyebabkan sebarang kecacatan. Manakala bahagian luaran boleh dibersihkan menggunakan sebarang jenis berus bersesuain. Silicon juga perlu diperbaharui sekiranya ia mulai muncul sebagai factor luaran. Sebarang kekotoran boleh dibersihkan menggunaan sebarang bahan pembersih konventional.
Apakah kabin Karmod kalis bunyi dan kalis haba?
Kabin kami mampu menahan apa-apa perubahan suhu di antara -30 C dan +60 C. Pemanas mahupun penghawa dingin boleh digunakan untuk mengawal suhu di dalam kabin. Pengasingan ini dicapai melalui suntikan busa poliuretana 35 mm ( 40 kg / m³ ) di antara panel dinding.
Adakah kabin boleh dihasilkan dalam saiz yang berbeza?
Kabin dihasilkan dalam sistem acuan dengan saiz yang tetap. Saiz kabin mungkin berubah mengikut kehendak pelanggan dan saiz kabin CPT dan moden mungkin mencapai sehingga 50 m².
Berapa ramaikan yang boleh dimuatkan di dalam kabin standart?
Kabin kami secara amnya boleh memuatkan satu individu untuk 2 m². pasukan pakar jualan kami akan membantu anda memilih kabin yang tepat melalui maklumat yang diberikan oleh anda seperti tujuan dan bilangan individu yang akan menggunakan kabin tersebut.
Apakah jenis tanah yang digunakan dalam pembinaan kabin?
Tapak haruslah rata ataupun tanah konkrit setebal 10 cm. Ruang yang cukup haruslah disediakan di setiap sudut dimana kabin tersebuat akan diletakkan.
Apakah syarat jaminan dan tempoh yang ditawarkan?
Adalah penting produk yang digunakan mengikut kegunaan manual dan syarat penggunaan yang dinyatakan dalam tawaran tersebut. Sekiranya syarat-syarat ini diambil kira, tempoh jaminan yang diberi adalah 1 tahun bermula tarikh pemasangan.
Bagaimanakah sistem pemanas dan penyejuk disediakan?
Kabin keluarankami menawarkan penebat haba yang tinggi. Suhu di dalam binaan boleh dikawal dengan mudah menggunakan penghawa dingin atau mana-mana peralatan elektrik yang bersesuaian.
Bagaimanakah penghantaran dilakukan?
Penghantaran dilaksanakan melalui pelbagai kaedah. Kabin yang mempunyai saiz lebih besar dari 270x750 akan dihantar dalam bentuk leraian dan akan dipasang di lokasi binaan oleh pasukan pakar Karmod.
Apakah spesifikasi untuk kontena dan apakah bahan yang digunakan dalam pembuatan kontena?
Struktur utama kontena kami diperbuat daripada keluli tergalvani yang saling bersambung oleh bolt dan nat yang ditutup dengan panel sandwic terasing. Semua bahagian logam dilindungi dengan cat enamel. Karmod merupakan satu-satunya syarikat di Turki yang menggunakan sistem panel bumbung 125 mm. Berbanding dengan para pesaing, Karmod menawarkan kecekapan tenaga sehingga 60% dengan dinding berketebalan 50 mm dan juga tingkap PVC. Lantai ditutup dengan papan simen dan PVC manakala pintu dalaman diperbuat daripada MDF. Produk kontena Karmod adalah produk mesra alam kerana kesemua produk Karmod dihasilkan daripada pengurangan emulsi karbon.
Adakah kontena Karmon kalis angin?
Konten keluaran Karmod mampu menahan tujahan angin berkelajuan sehingga 80 km/j sekiranya dipasang dengan kukuh di atas tapak. Untuk kontena lekat kami, para jurutera kami telah melakukan kesemua pengiraan static yang diperlukan untuk sebarang kemungkinan keadaan cuaca yang melampau di rantau ini yang telah pun diambil kira sebelum pengeluaran produk.
Adakah kontena Karmod memerlukan sebarang penjagaan khas?
Jika pemilik mengikut syarat-syarat asas penggunaan dan penjagaan kontena dari awal penggunaan, tiada sebarang penjagaan khas diperlukan.
Bagaimanakah sistem penebat bunyi dan haba dilaksanakan?
Tahap penebatan haba dan bunyi yang tinggi adalah disebabkan oleh struktur panel dinding sandwic Karmod berserta panel bumbung 125 mm. Berbanding dengan produk lain dari kategori yang sama, generasi terbaharu kontena Karmod adalah 60% lebih dalam penjimatan tenaga.
Adakah produk kontena ini dibuat dalam saiz standard sahaja?
Produk kontena kami dihasilkan dengan cara terbaik demi memenuhi kehendak pelanggan kami dengan mengambil kira standard penghantaran antarabangsa untuk memudahkan proses penghantaran. Sebagai tambahan, kontena Karmod bersaiz standard 230x595 cm adalah produk pertama dalam penghasilan kontena pasang siap bersaiz 300x700 cm. Saiz kontena berlainan juga dihasilkan berdasarkan keperluan dan keinginan pelanggan.
Apakah jenis tapak yang sesuai untuk pemasangan kontena?
Tapak tanah haruslah raya atau menyediakan tapak konkrit berketebalan 10 cm. Ruang yang mencukupi haruslah disediakan di setiap sudut tapak kabin supaya mudah untuk diletakkan di atas tapak lokasi. Kontena tidak boleh diletakkan di atas permukaan yang tidak stabil dan tidak pasti sama ada ianya kukuh atau tidak seperti papan kayu dan lain-lain.
Apakah tempoh dan syarat jaminan untuk kontena?
Ianya adalah penting untuk produk kontena Karmod digunakan seperti dalam syarat penggunaan yang ditawarkan di dalam di awal pembelian. Jika syarat-syarat ini diambil kira, tempoh jaminan yang diberikan olah pihak kami adalah satu sathun dari hari pengeluaran.
Bagaimanakah sistem pemanas dan penyejuk kontena disediakan?
Kontena keluaran kami mempunyai sistem penebat haba yang tinggi. Suhu dalaman binaan dapat dikawal menggunakan penghawa dingin atau mana-mana peralatan elektrik lain yang bersesuaian.
Apakah sistem terbaik dalam proses penghantaran kontena?
Lanya bergantung kepada saiz kontena kerana ianya boleh dihantar melalui jalan laut mahupun jalan darat. Karmod adalah syarikat pertama di Turki yang mengaplikasikan sistem flatpack untuk kedua jenis kontena iaitu 2.30x5.95 m dan 3.00x7.00 m. Sebagai contoh, dua belas kontena flatpack bersaiz 3x7 m boleh dimuatkan di dalam satu trak.