Tentang Kami

Karmod, teknologi pasang siap berjenama antarabangsa.

Karmod Prefabricated Building Technologies adalah sebuah syarikat terkemuka Turki yang telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan sejak itu telah melaksanakan pelbagai projek di 90 buah negara seluruh dunia. 

Karmod menghasilkan produk keluarannya di 3 buah fasiliti pengeluaran dengan luas kawasan keseluruhan sebanyak 21 000m² disamping melaksanakan pelbagai projek pembinaan seperti bangunan tapak binaan, kem perumahan kecemasan, projek perumahan besar-besaran, perkampungan percutian dan pelbagai lagi. Antara projek terpenting yang telah dilaksanakan oleh Karmod adalah kem tapak binaan untuk British Petroleum (BP) dibawah Projek Shahdeniz2, dimana merupakan salah satu projek gas asli terbesar di dunia, kem tentera untuk tentera pengaman UN di Nigeria, bangunan tapak pembinaan untuk lapangan terbang Istanbul yang ketiga yang juga sebagai lapangan terbesar terbesar di Eropah. Salah satu projek utama yang telah dilaksanakan oleh Karmod ialah pembinaan perumahan di keseluruhan bandar Kut, Iraq sebanyak 1884 unit dalam tempoh masa 7 bulan sahaja.
 
Produk Karmod:
• Bangunan pasang siap ( bangunan tapak binaan, pejabat, perumahan, sekolah dan fasiliti perubatan, kem ketenteraan, villa )
• Kontena penginapan
• Kabin dan kiosk modular

Kelainan pada Karmod
• Perlaksanaan projek tepat pada masa ( pengeluaran berskala tinggi dan pasang siap )
• Perkhidmatan selepas jualan
• Standard HSE yang tinggi
• Kejayaan yang digapai dengan berkongsi kepakaran yang diperoleh bersama para pekerja melalui latihan secara berkala. 


WhatsApp

Hubungi

E-mail